About Us

Kursus ini menjelaskan tentang pembangunan bahan PdP Bahasa Melayu Berbantukan Komputer.  Dalam proses penghasilan bahan PdP ini, konsep serta kemahiran yang akan didedahkan adalah  penggunaan Internet; sumber Internet; garis panduan dan etika; cara penghasilan bahan pembelajaran digital dan laman web; penggunaan Struktur Perpautan;  model-model pengajaran berbantukan komputer; pembelajaran Bahasa Melayu Dalam Talian; penggunaan alat pengarangan dan animasi dalam bahan PdP; dan penggunaan penilaian secara digital.  Di akhir kursus,  seminar dan pameran dalam Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) akan dilaksanakan.