Topik 2- Panduan dan Etika Penggunaan Internet
KONSEP ETIKA
Etika komputer
- Etika computer umumnya adalah satu bidang mengenai penggunaan computer yang bertul (panduan).
- Hak peribadi individu, ketetpatan dan kesahihan maklumat, harta intelek dan capaian adalah satu isu atau dilemma yang membabitkan etika.
- Penggunaan komputerdalam era maklumat.
Masalah moral dan etika
- Penggertak
- Penyalah-gunaan internet
- Virus
- Hak cipta
- Perisian cetak rompak
Penggertak (Cracker)
- Cracker ialah golongan yang menceroboh ke dalam sistem komputer dan merosakkan sistem yang ada dengan tujuan utama membuat keuntungan.
- Cracker tidak menulis program untuk membangunkan perisian tetapimenggunakan perisian yang dibangunkan orang lain untuk tujuan kemusnahan.
Penyalahgunaan internet
- Konsep ‘langit terbuka’ yang dilaksanakan oleh negara kita telah mengundang banyak implikasi buruk kepada para pengguna Internet terutamanya di kalangan remaja.
Virus
- Sebarkan virus yang akan merosakkan sistem, data, perisian, dan melumpuhkan rangkaian komputer.
Hak cipta terpelihara
- Memuat turun sebarang perisian atau dokumen tanpa kebenaran adalah salah dari segi undang-undang hakcipta. Keizinan daripada pemiliknya adalah perlu.
Perisian cetak rompak
- Maklumat yang diperolehi yang tidak mendapat kebenaran pemilik asal untuk dibuat cetakan secara tulisan dan audio visual.
PRINSIP ETIKA KOMPUTER
- Keseimbangan
- Keizinan temaklum
- Keadilan
- Meminimumkan risiko
a. Keseimbangan
- Kebaikan yang dibawa oleh teknologi maklumat
- Mestilah lebih baik daripada risiko dan keburukan.
b. Keizinan termaklum
- Mesti faham dan menerima risiko yang akan dihadapi. Apabila mereka telah faham maka mereka lebih bersedia menerima sebarang risiko yang timbul.
c. Keadilan
- Manfaat dan keburukan teknologi maklumat mesti diagih secara adil. Mereka yang menerima kebaikan patut menanggung sama risiko dan mereka yang tidak menerima kebaikan tidak patut menanggung risiko yang lebih.
- Risiko yang diterima haruslah adil untuk kedua belah pihak.
- Teknologi maklumat mesti dilaksanakan dengan mengelak risiko yang tidak berkaitan dan diminimumkan agar manfaat yang diterima daripada teknologi maklumat adalah lebih daripada risikonya.
PANDUAN KEPADA PENGGUNA KOMPUTER ADALAH SEPERTI BERIKUT:
- Tidak menggunakan komputer untuk membahayakan orang lain.
- Tidak mengganggu kerja komputer orang lain.
- Tidak menceroboh masuk fail komputer lain.
- Tidak menggunakan komputer untuk mencuri.
- Tidak menggunakan komputer untuk menipu.
- Tidak menggunakan atau menyalin perisian yang tidak dibeli secara sah
- Tidak menggunakan sumber dari komputer orang lain tanpa kebenaran.
- Tidak mengambil hasil intelektual orang lain untuk diri sendiri.
- Memikirkan kesan sosial program atau sistem yang dibangunkan.
- Gunakanlah komputer dengan timbang rasa dan hormat kepada manusia lain.
sumber: https://junaidahkualakangsar.blogspot.my/2011/09/aplikasi-garis-panduan-dan-etika.html